Ralliart sudah dihidupkan semula, adakah Mitsubishi bakal kembali semula ke WRC dalam masa terdekat?

Selepas Mitsubishi Ralliart dihidupkan semula tahun lalu dan mereka mengumumkan bakal terjun semula ke dunia sukan permotoran, ramai yang bertanya, adakah ini petanda bahawa Mitsubishi akan kembali di Kejohanan Rali Dunia (WRC)?

Ada banyak sinergi sebenarnya mengapa Mitsubishi perlu kembali ke WRC. Pertama, bagi kategori tertinggi WRC, FIA kini menggunakan regulasi Rally1, iaitu kereta rali dengan teknologi plug-in hybrid (PHEV), di mana Mitsubishi juga kini sedang giat mempopularkan teknologi elektrifikasi berkenaan pada kereta-kereta produksi mereka.

Tiada lagi Lancer Evolution? Ini juga bukan masalah kerana untuk pasukan rali dunia M-Sport Ford, mereka kini menggunakan SUV kompak Ford Puma untuk kereta WRC Rally1. Mitsubishi juga kini sedang mahu dikenali sebagai pembuat SUV dan mempunyai dua pilihan setara dengan Ford Puma iaitu Mitsubishi Eclipse Cross dan juga ASX yang bakal diperkenalkan dalam versi generasi baharu tidak lama lagi.

Malah sebelum ini, Presiden Toyota, Akio Toyoda turut pernah berharap Subaru dan Mitsubishi untuk kembali bersaing semula ke WRC bersama syarikatnya seperti period 90’an dahulu.

Namun dengan semua sebab-sebab ini, adakah Mitsubishi akan kembali semula ke WRC bersama Ralliart yang sudah pun dibangkitkan dari tidur? “Buat masa sekarang, kami tiada rancangan untuk membawa mannequin kompak ke WRC,” kata Hiroshi Masuoka, lagenda Ralliart yang bergelar juara Rali Dakar pada 2002 dan 2003, kini mengendalikan Staff Mitsubishi Ralliart yang sedang membuat persiapan ke Asia Cross Country Rally 2022 pada bulan November nanti.

Kami bertemu dengan Masuoka-san di Thailand dua minggu lalu ketika pasukannya sedang membuat sesi shakedown di Grand Prix Motor Park Kanchanaburi. Menurut beliau, Mitsubishi Ralliart kini sedang memberi tumpuan kepada trak pikap Triton yang dibangunkan untuk perlumbaan rali rentas negara tersebut.

“Triton merupakan mannequin yang penting untuk Mitsubishi pada pasaran ASEAN. Jadi agak penting untuk kami untuk mempromosikan Triton kepada masyarkat di Asia bagi membolehkan mereka lebih mengetahui tentang Triton, dan ini salah satu cara yang kami buat untuk tujuan itu,” kata Masuoka-san.

Menurutnya lagi, Ralliart memilih AXCR ini sebagai langkah pertama mereka untuk kembali ke sukan permotoran adalah untuk mendapatkan pelbagai knowledge bagi membangunkan Triton yang lebih baik untuk masa akan datang.

“Untuk masa hadapan, kami masih belum ada lagi perancangan untuk ke peringkat world. Namun untuk impian saya sendiri adalah untuk membawa Triton ke peringkat dunia,” kata Masuoka. Mungkin beliau masih lagi rindu dengan Rali Dakar dan ingin membawa Triton untuk bertanding dengan Toyota GR DKR Hilux T1+ pasukan Toyota Gazoo Racing?

Bagi AXCR, Mitsubishi mempertaruhkan jentera rali Triton yang dibina oleh Tant Motorsport Thailand dengan spesifikasi FIA Group T1, dengan bantuan teknikal terus dari Mitsubishi Motors Corp. (MMC) di Jepun. Walaupun Triton berkenaan dihasilkan dengan regulasi “kenderaan rentas negara Prototaip”, ia sebenarnya masih sangat hampir dengan mannequin produksi sebenar yang dijual di bilik pameran.

Ia masih dijana oleh enjin 4N15 2.4 liter empat silinder MIVEC turbodiesel, dan masih menghasilkan kuasa 181 PS dan tork maksima 430 Nm sama seperti Triton biasa. Walaupun angka kuasa berkenaan dilihat sama, sebenarnya enjin berkenaan telah diolah semula oleh HKS, dengan pemadanan komponen yang lebih ringan serta kurang geseran bagi memberikan respon lebih baik pada takat rpm pertengahan yang selalu digunakan dalam perlumbaan rali.

Trak pikap ini juga masih dibekalkan dengan kotak gear guide enam kelajuan, bersama sistem pacuan empat roda Tremendous Choose 4WD II. Ubahsuai lain yang dibuat pada sistem penghantaran kuasa Triton rali ini termasuk penggunaan unit LSD dari Cusco pada gandar hadapan dan belakang.

Konfigurasi asal suspensi double wishbone dengan spring gegelung di hadapan dan gandar hidup bersama spring dedaun di belakang masih kekal, tetapi ia kini menerima set penyerap hentak boleh laras dari Cusco bagi disesuaikan dengan laluan off-road sepanjang rali berkenaan.

Brek trak pikap rali ini juga dipertingkat dengan dilengkapkan cakera berliang di hadapan dan belakang bersama angkup empat omboh, kesemuanya dibekalkan oleh Countless. Manakala untuk roda, ia menerima set rim aluminium aloi dari Work bersaiz 17-inci x 8J bersama tayar Yokohama Geolander M/T G003 bersaiz 265/70R17.

Badan Triton ini juga diringankan lagi dengan pemadanan hud penutup enjin dan juga kesemua pintu yang diperbuat dari materials gentian karbon. Ia juga menerima kelengkapan tipikal sebuah jentera rali cross nation termasuk set roll cage lengkap dengan tempat duduk perlumbaan, set snorkel untuk ‘menyelam’ menyeberangi sungai, serta dua set roda gantian yang diletakkan pada mattress belakang.

Asia Cross Nation Rally 2022 ini akan berlangsung bermula 21 hingga 26 November nanti, bermula di Buriram, timur laut Thailand dan kemudian merentas sempadan Kemboja. Perlumbaan sejauh 1,700 km berkenaan akan menyaksikan kesemua peserta perlu berhadapan laluan di kawasan pergunungan, hutan, jalan berlumpur, menyeberang sungai, kawasan berpasir, dan juga litar lumba, berakhir di tapak Warisan Dunia, Angkor Wat yang terletak di Kemboja.

Dalam sesi shakedown tempoh hari kami turut berpeluang untuk merasai kebolehan Triton Ralliart T1 menerusi sesi “Taxi Trip” bersama pemandu pasukan berkenaan di atas laluan rali. Pengalaman merasai sesi tersebut boleh anda baca pada PAUTAN INI.

Comments are closed.